Sempena Hari Kemerdekaan…
Sempena hari Kemerdekaan yang akan tiba ni…
Yang tarikh nye tak perlu aku sebutkan
(Mana mana rakyat Malaysia yang tak tahu, sile bunuh diri anda)
Yang untuk kali ke 52 ini…
(Sape rakyat Malaysia yang tak tahu, jangan makan dan minum selama 52 hari)
Aku mengirimkan (post) kemasukan kiriman (post entry) di dalam Bahasa Kebangsaan kita…
Cuma dengan penggunaan bahasa dalam edisi yang lebih santai, bersahaja, juga bergaya…
Haahaha…
Jadi tarikh ini lah yang akan merupakan titik permulaan kewujudan artikal berbahasa Kebangsaan kita
Di dalam blog aku ini…(blog dalam Bahasa Melayu ape er? Blog gak an?)
Para pelawat juga diharapkan dapat meninggalkan komen dengan lebih kerap, bersahaja, juga bergaya…
Namun begitu…
Sebarang caci-maki (CURSING) adalah dinasihatkan dibuat dalam English…
Dikhuatiri akan berlakunya pertelingkahan jika dilakukan dalam Bahasa Kebangsaan…
Tambahan lagi caci-maki (CURSING), yang juga lebih santai dengan panggilan “menyumpah” (CURSING)
Dalam English adalah lebih bersahaja, bergaya, dan tidak makan dalam seperti penggunaanya dalam Bahasa Kebangsaan.
Ini adalah langkah berjaga-jaga bagi memelihara keharmonian komuniti, dan juga keindahan Bahasa Kebangsaan kita, sambil merelakan para pelawat menyumpah (CURSING) di dalam blog aku, yang mane aku tafsirkan sebagai ikhlas, jujur, transparen, juga bergaya…
Hahahah…
Dan…
Sempena ulang tahun Kemerdekaan Negara kita yg ke 52 ni…
Aku ambil kesempatan untuk menyampaikan perkara sebenar…
Perkara sebenar yang aku…
Sangat SAYANG akan negara aku…
Aku SANGGUP bergadai nyawa demi Malaysia…
Aku SANGAT PERCAYA kepada pucuk pimpinan Negara…
(sape warganegara yang tak kenal, pergi bunuh diri)
Aku SOKONG beliau, selagi beliau memberi faedah kepada rakyat Negara
Selagi beliau MENGEKALKAN dan MENGGANDAKAN keagungan Malaysia di mata rakyat dan juga Dunia…
Selagi beliau berpegang TEGUH kepada Agamanya…
Selagi beliau megotakan…
“Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Aku akan TERUS MENYOKONG beliau…
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Amin…
Aku Cintakan Malaysia
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
p/s: Aku seorang pengkagum Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://chedet.co.cc/chedetblog/

August 29, 2009 at 1:26 pm
huhu..adelah mr azan senantiase mengingati tarikh keramat ini sbb die pon lahir pada bulan kemerdekaan..hahaha..
erm..anyway..semoge rakyat Malaysia sume mensyukuri nikmat merdeka yg ada..merdekakan jugalah minda dan pemikiran anda sume..jgn terpengaruh ngn anasir2 negatif yg dtg drpd dunie luar..:)